Kdb Berita Palsu Dan Norma Baru Covid-19

17 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

16 Julai 2020 – PI Sg Lui telah mengadakan Taklimat Advokasi Keselamatan Internet untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Lui Tahun 6. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan misi kempen Klik Dengan Bijak iaitu mendidik masyarakat supaya menjadi warga digital yang berliterasi dan bertanggungjawab serta menggalakkan penggunaan internet secara berhemah.

Penekanan mengenai tajuk "Oversharing" dan "Buli Siber",di mana masalah ini semakin tular dan berleluasa disamping mendidik pelajar supaya bijak mengatasi. Taklimat ini diadakan bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Peserta yang hadir adalah seramai 15 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali